Press Releases
 
 
Sahajidah Hai-O lancar logo baharu
Apr 20, 2015
Source: Berita Harian
 
 
Osman (dua dari kiri) bersama Kai Hee (kiri) memegang replika logo baharu Sahajidah Hai-O pada Majlis Pelancaran Logo Baharu Sahajidah Hai-O di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam. Turut hadir Wan Ahmad (dua dari kanan) dan Keng Kang (Kanan).
 

Shah Alam: Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd (Sahajidah Hai-O) melancarkan logo baharu selaras penjenamaan semula syarikat terbabit pada hujung tahun ini.

Sebelum ini dikenali sebagai Hai-O Marketing Sdn Bhd, ia adalah antara syarikat jualan langsung terkemuka negara yang berjaya melebarkan sayap perniagaan ke negara serantau seperti Indonesia, SIngapura dan Brunei.

Pengerusi Kumpulan Hai-O, Tan Sri OSman S Cassim, berkata penjenamaan semula itu inisiatif serta langkah proaktif bagi merealisasikan misi globalisasi jangka panjang serta mengukuhkan kedudukan syarikat di pasaran tempatan dan usaha menembusi pasaran antarabangsa.

"Sambutan memberangsangkan daripada usaha penerokaan pasaran juga menyaksikan Sahajidah Hai-O terus mengorak langkah dengan membuka beberapa cawangan di serata Asia Tenggara," katanya berucap pada majlis makan malam syarikat itu yang disertai lebih 2000 usahawannya dari seluruh negara, di sini kelmarin.

Yang hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O, Tan Kai Hee; Pengerusi Sahajidah Hai-O, Datuk Wan Ahmad Wan Omar; Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Tan Keng Kang; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Hew Von Kin dan Pengarah Sahajidah Hai-O, Tan Kee Hock.

Pada majlis itu, Sahajidah Hai-O turut meraikan pencapaian 32 usahawannya yang dinaikkan pangkat 'Double Diamond Manager' (DDM), 187 usahawan pangkat 'Diamond Sales Manager' (DSM) dan 15 usahawan menerima Tabung Kereta.

Osman berkata, majlis yang diadakan setiap tahun itu khusus untuk menghargai pencapaian usahawan yang dianggap sebagai rakan kongsi serta teman seperjuangan syarikat.