Press Releases
 
 
Yayasan Hai-O Menghulurkan Sumbangan Sebanyak RM250,000 Untuk Misi Bantuan Mangsa Banjir di Negeri Pantai Timur
Jan 02, 2015
Source: Berita Harian
 
 
 

 

Yayasan Hai-O Menghulurkan Sumbangan Sebanyak RM250,000 Untuk Misi Bantuan Mangsa Banjir di Negeri Pantai Timur

Bagi meringankan bebanan ribuan mangsa akibat bencana banjir yang melanda Malaysia baru-baru ini, Yayasan Hai-O mengumumkan hari ini untuk menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan bernilai RM150,000 dalam usaha menyokong misi bantuan banjir di semua negeri yang terlibat.

" Banjir kali ini adalah antara banjir terburuk yang pernah melanda negara. Hati saya sangat pilu melihat penderitaan begitu ramai mangsa banjir terutamanya kanak-kanak, wanita mengandung, warga emas, orang sakit, orang kurang upaya serta mereka yang kehilangan harta dan rumah. Oleh itu, kami ingin membantu dengan menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan kepada mangsa banjir dengan harapan agar bantuan ini dapat meringankan bebanan dan kerugian yang mereka alami," luahan hati En. Tan Kai Hee, Pengarah Urusan Kumpulan Hai-O.

Barangan keperluan asas yang sangat diperlukan seperti makanan, air minuman, selimut dan barangan keperluan lain akan diedarkan secara berperingkat-peringkat kepada mangsa banjir dalam beberapa minggu akan datang.

Terdahulu, Yayasan Hai-O telah memberikan sumbangan RM100,000 dalam bentuk wang tunai.