Press Releases
 
 
YUA anjur anugerah integrasi
Mar 23, 2017
Source: Utusan
 
 
Syed Husin Ali (empat kiri) dan Tan Kai Hee (tiga kanan) bersama barisan pemimpin Yayasan Usman Awang dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia memegang poster Usman Awang semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.
 

Kuala Lumpur 23 Mac – Yayasan Usman Awang (YUA) akan menganjurkan Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang (AINUA) 2017 pada Ahad ini bagi mengiktiraf peranan individu atau organisasi yang berjasa dalam membentuk dan menyemarakkan perpaduan kaum di negara ini.

Pengerusinya, Dr. syed Husin Ali berkata, anugerah berkenaan adalah selari dengan aspirasi Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang yang sering mengangkat integrasi nasional sebagai tema utama dalam setiap karyanya.

“Anugerah ini diharap dapat memupuk dan mengeratkan lagi hubungan kaum yang menjadi tunggak keharmonian negara terutama dalam suasana yang semakin kompleks pada masa kini.”katanya dalam sidang akhbar mengenai AINUA di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengasas YUA, Tan Kai Hee; Timbalan Setiausaha Agung kehormat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), Datuk Dr. Chin Yew Sin dan ahli lembaga YUA, Datin Sunita Mei-Lin Rajakumar dan Chew Hong Ling.

Memasuki tahun kedua penganjurannya, AINUA 2017 yang dianjurkan dengan kerjasama Huazong bermatlamat mahu melihat integrase nasional subur dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Sementara itu Yew Sin berkata, anugerah itu menyambung perjuangan Usman yang merupakan ikon yang banyak menyelesiakan masalah integrasi selain menolak sekeras-kerasnya diskriminasi.

“Huazong melihat anugerah ini sebagai usaha meluaskan peranan serta tanda ingatan masyarakat terhadap sumbangan Usman Awang dalam membantu kerajaan menyatupadukan rakyat negara ini.” ujarnya.